Lms Esport (Membina Mentaliti Juara: Menghadapi Kemenangan & Kekalahan)
13 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Membina Mentaliti Juara: Menghadapi Kemenangan & Kekalahan)” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membentuk minda yang positif, berdaya tahan dan berdisiplin dalam dunia e-Sukan. Peserta mempelajari cara menerima kemenangan dengan rendah hati, menghadapi kekalahan sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki prestasi, serta mengawal emosi ketika bertanding. Topik ini turut menggalakkan semangat kesukanan, sikap tidak mudah berputus asa, dan usaha berterusan untuk meningkatkan kemahiran serta membantu melahirkan pemain e-Sukan yang berkeyakinan, matang dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: